Maklumat penting

  • Notis Penting: Caj perkhidmatan baru akan berkuatkuasa pada hari Sabtu, 2 November 2019. Anda dinasihatkan untuk menyemak maklumat terkini di laman web ini sebelum menyerahkan permohonan.
  • Seperti arahan dari IRCC, Pemohon Visa Kanada dikehendaki memasang kemas kini berikut sebelum mencetak dan membawa salinan kertas yang disahkan bentuk 2D seperti yang diarahkan melalui: https://helpx.adobe.com/acrobat/release-note/release-notes-acrobat-reader.html. Pemohon mungkin perlu menaik taraf ke versi DC Ogos 2019 (19.012.20040) jika versi semasa DC Ogos 2019 (19.012.20036).
  • Diingatkan supaya membawa semua halaman borang 2D. Sekiranya halaman barcode tidak dapat diimbas, anda akan diminta untuk mengisi semula borang secara manual ke sistem IRCC yang menggunakan versi 11 yang disahkan oleh “Adobe reader” di kios internet dipusat permohonan.
  • Notis penting: Perhatian kepada Pemohon Visa Kanada bahawa VAC sedang mengalami masalah teknikal dengan borang permohonan visa. Pemohon diminta menggunakan versi Acrobat Reader XI-11.0.09 untuk mengisi borang, mengesahkan dan mencetak borang Kod Bar 2D. Anda mungkin diminta untuk mengisi borang di kios internet di pusat permononan jika halaman kod bar tidak dapat diimbas.
  • “Penjadualan temujanji untuk mendaftar biometrik anda pada VAC itu adalah percuma dan bebas daripada sebarang kos. Tiada bayaran perlu dibuat kepada pihak luar untuk penjadualan temujanji anda. Sekiranya anda tidak dapat membuat temujanji melalui laman web, anda harus menghubungi Pusat Panggilan kami dan/atau VAC secara langsung. Untuk maklumat lanjut mengenai bagaimana untuk menghubungi kami, sila rujuk kepada laman Hubungi Kami.”
  • Notis penting: Sila ambil perhatian bahawa perkhidmatan penjadualan temujanji adalah perlu untuk memberikan maklumat biometrik anda sahaja. Sila membuat temujanji anda apabila anda menganggap sudah mempunyai semua dokumen yang diperlukan.
  • Berkuat kuasa 03 November 2018, temujanji adalah wajib untuk Pendaftaran Biometrik di semua Pusat Permohonan Visa Kanada (CVAC) di Malaysia. Bergantung kepada kewarganegaraan anda, anda mungkin perlu memberi biometrik.
  • Dari 31 Julai 2018 - pemohon dari Eropah, Timur Tengah dan Afrika
  • Mulai 31 Disember 2018 - pemohon dari Asia, Asia Pasifik dan Amerika
  • Untuk mengetahui sama ada anda perlu memberi biometrik, sila layari http://www.cic.gc.ca/english/visit/biometrics.asp
  • Sila ambil perhatian bahawa temujanji adalah wajib untuk pendaftaran biometrik di Pusat Permohonan Visa. Lawatan yang dirancang dengan slot waktu pilihan di Pusat Permohonan Visa menjamin perkhidmatan segera dengan itu menghapus masa menunggu lebih lama yang mengakibatkan kesulitan.
  • Pemohon yang minta temujanji kecemasan untuk tujuan koleksi biometrik boleh berbuat demikian dengan syarat mengemukakan bukti-bukti terhadap kecemasan tersebut pada masa temujanji. Bukti yang sesuai termasuk nota atau dokumen-dokumen rasmi. Sila ambil perhatian bahawa bukti ini hanya perlu ditunjukkan dan tidak akan dipungut oleh VAC, dan dengan ini akan memberi temujanji biometrik kecemasan tetapi tidak menjejaskan masa pemprosesan permohonan daripada IRCC. Untuk sebarang maklumat lanjut atau pertanyaan, sila hubungi Pusat ini untuk sebarang pertanyaan.
  • Sila klik di sini untuk menjadual temujanji
  • Harap maklum, untuk tujuan utama penjadualan temujanji, VFS Global akan mengumpulkan Maklumat Peribadi dari pemohon. Borang kebenaran akan diperlukan dari pemohon yang memberi kuasa.
  • Semua pemohon diminta untuk menyediakan versi terkini borang permohonan dan senarai semak yang terdapat pada laman web IRCC.Sila klik disini untuk Mencari Borang dan Panduan.
  • Pas Perjalanan Elektronik (eTA) daripada Imigresen, Pelarian dan Kewarganegaraan Kanada (IRCC) adalah merupakan keperluan baharu untuk warganegara asing yang terkecuali daripada memohon visa (kecuali warganegara U.S dan pelancong lain dengan pengecualian tertentu) yang memasuki Kanada melalui laluan udara. Permohonan atas talian boleh didapati di www.Canada.ca/eTA.
  • Keputusan untuk mengeluarkan atau enggan mengeluarkan visa hanya dibuat oleh pegawai Imigresen, Pelarian dan Kewarganegaraan Kanada (IRCC). Semua permohonan akan dinilai berdasarkan peraturan dan garis panduan visa imigresen Kanada. CVAC tidak mempunyai peranan atau pengaruh terhadap keputusan sesuatu permohonan dan tidak akan menawarkan sebarang khidmat nasihat penilaian.
  • Berhati-hati dengan penipuan tawaran perkerjaan. Untuk maklumat lanjut, klik di sini