Selepas Permohonan

Setelah diserahkan, anda boleh menjejaki permohonan visa anda dengan mudah.

  1. Berikut adalah cara-cara untuk menyemak permohonan anda:
  2. Laman web melalui Semak Permohonan Anda
    Emel – hantarkan emel ke

    info.camy@vfshelpline.com
    Webchat

    Melawat VAC untuk mengemak permohonan

  3. Memilih untuk kemudahan SMS VFS Global untuk mengemaskini tentang status permohonan anda. Perkhidmatan ini juga disediakan dengan bayaran tambahan.

Sebaik sahaja Pejabat Visa Kanada telah menilai permohonan anda, mereka akan membuat keputusan dan lekatkan satu keterangan visa untuk pasport anda, atau mengeluarkan surat menjelaskan mengapa visa anda tidak diluluskan.

Pejabat Visa Kanada akan mengembalikan pasport anda kepada CVAC, yang akan memaklumkan melalui kaedah pilihan anda dengan komunikasi secara selamat. Kemaskini juga akan diberi atas permohonan pengesanan system dalam talian pasport yang bersedia untuk dikembalikan. Kemudian anda boleh datang ke CVAC untuk mendapatkan pasport anda.

Pengutipan Sampul Surat Keputusan (sendiri / wakil)

  • Pemohon yang datang sendiri perlu menunjukkan Invois dan Resit (ICR) yang asal dan ID pengenalan diri bergambar yang dikeluarkan kerajaan, sebelum mengambil sampul surat keputusan.
  • Sekiranya pengutipan sampul surat keputusan melalui pihak ketiga, wakil mesti menunjukkan perkara-perkara berikut:

    • Invois dan Resit (ICR) yang asal.
    • Borang Kebenaran VFS Global Pusat Permohonan Visa yang ditandatangani oleh pemohon yang memberi kebenaran kepada wakil untuk mengambil sampul surat keputusan.
    • ID pengenalan diri daripada pemohon (Salinan Kad Pengenalan/Pasport (depan dan belakang))
    • ID pengenalan diri asal dan salinan daripada wakil-wakil (Kad Pengenalan/Passport (depan dan belakang))
    • Pemohon di bawah 18 tahun (Salinan Sijil Kelahiran dalam Bahasa Inggeris).

Pengutipan Sampul Surat Keputusan (melalui kurier)

  • Sampul surat keputusan bagi pemohon yang telah memilih untuk perkhidmatan kiriman kurier akan dihantar ke alamat yang diberikan pada masa penyerahan.
  • Pemohon boleh mengesan status penghantaran di laman web rakan kongsi kurier.
  • Maksimum tiga (3) percubaan akan dibuat bagi penghantaran dalam tempoh tujuh (7) hari selepas sampul surat keputusan diserahkan kepada rakan kongsi kurier, jikalau tidak berjaya, kurier sampul surat keputusan anda akan dikembalikan ke CVAC dan pemohon perlu mengumpulnya di CVAC.

Penting:

  • Alamat yang diberikan untuk penghantaran kurier pada masa penyerahan tidak boleh diubah.
Previous