Biometrik


Berkuatkuasa 03 November 2018, temujanji adalah wajib untuk Pendaftaran Biometrik di semua Pusat Permohonan Visa Kanada (CVAC) di Malaysia. Bergantung kepada kewarganegaraan anda, anda mungkin perlu memberi biometrik.

Dari 31 Julai 2018 - pemohon dari Eropah, Timur Tengah dan Afrika

Bermula 31 Disember 2018 - pemohon dari Asia, Asia Pasifik dan Amerika

Untuk mengetahui sama ada anda perlu memberi biometrik, sila layari http://www.cic.gc.ca/english/visit/biometrics.asp

Sila ambil perhatian bahawa temujanji adalah wajib bagi mendaftarkan biometrik di Pusat Permohonan Visa. Lawatan yang dirancang dengan slot waktu pilihan di Pusat Permohonan Visa menjamin perkhidmatan segera dengan itu menghapus masa menunggu lebih lama yang mengakibatkan kesulitan.

Sila klik di sini untuk menjadual temujanji.

Jika anda telah menerima Surat Arahan Biometrik (BIL) dari Kerajaan Kanada meminta biometrik anda (cap jari dan gambar), anda boleh datang ke VAC ini. Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai biometrik sila melawat ke Laman Web IRCC.

Langkah 1: Berada di VAC secara fizikal.

Langkah 2: Membawa dokumen yang diperlukan.

  • Pastikan anda membawa:

    • Pasport semasa asal anda dan satu salinan pasport semasa.
    • Surat Arahan Biometrik (BIL) anda daripada Kerajaan Kanada.
    • Borang Kebenaran VFS Global yang lengkap (Diisi 2 salinan setiap pemohon dan ditandatangani).